contact zafirahusin

Ig : firahusin

29 October 2015

Simple Skincare

0 comments
Assalammualaikum and Hi,

Currently I'm using Simple Skincare for about a year and still continuously using it. Alhamdulillah it is suitable for my skin.
Previously, my skin naik jerawat yang boleh tahan merungsingkan, not that kind of jerawat batu. Jerawat orang nak besar. Hihihi. Jerawat ringan tapi berulang. So, i've try various types of product. Termasuklah pencuci muka anugerah. I stop semua pencuci muka yang ada kena mengena dengan whitening. My main focus nak get rid of jerawat dan i cuma nak muka yang bersih walaupun tak flawless. I memang nak carik pencuci muka yang ringan seringannya, no fragrance, no colour. and function dia just nak membersih dan menyegarkan muka. here it is!
Simple Facial wash gel.

I try yang ni sebab di suggest oleh seorang lengloi yang kerja dekat Aeon. Well you tau tak dulu aeon ada provide tempat untuk cek muka and ada consultant tolong you bagi product yang suitable for your skin? Kena caj la sikit, around berapa tu i tak ingat. I buat dekat aeon Mid Valley.

I belek sikit punya lama nak decide nak try ke tak. So belek-belek. okaylah i try. Takdak pewangi wei takdak, 


i beli terus moisturiser dengan toner dia. Dan i beriltizam nak pakai dengan teratur. Lepas dah cuci muka, letak toner dekat cotton pads, sapu dekat muka. you will realize dekat cotton pads tu ada hitam atau coklat-coklat. there is a part of your dead skin yang telah dinyahkan oleh toner melalui cotton pads.

TIPS ! always guna cotton pads sapu toner. Sebab toner ni function dia bukan sahaja tutup balik liang muka you yang terbuka time cuci muka, dia juga sebagai agen membasuh untuk kali kedua nak remove dead skin dan bekas-bekas mekap you yang terlalu degil nak hilang semasa proses pembasuhan muka. cewah.

that's y la kalau you pakai makeup, sila bersihkan muka you pakai oil makeup remover dulu ye sisterr dan brother sekalian. Hellooo obviously makeup tu function dia menjadi penipu untuk menutup segala cela dimuka. Pakai makeup tebal-tebal adalah normal, alang-alang nak melawa, tutup terus bekas chicken pox tu ye dak ? So kenaa la bersihkan duluu. Pencuci muka untuk membersih luaran you, sedangkan makeup tu meresap jauh ke dalam kulit. gituw.

Kalau dalaman bersih, pasti luaran lebih menyerlah. dah settle toner, pakai moisturizer. the best thing adalah toner dn moisturizer dia tak melekit. terus serap gitu dan hanya meninggalkan lembap yang tak berminyak.

lepas dah settle, you dah boleh la nak tepek segala mak nenek makeup atas muka. foundation berbagai tona warna juga boleh, silakan.

RESULT =, kulit i yang senang naik jerawat ni dia dah cool down. muka dah tak kering menggelupas. muka i dah tak mudah sunburn. muka i dah tak mudah gatal bila berjemur. muka i susah nak kering, sentiasa moist seperti kek coklat.

kalau la simple ni ada effect yang sama dekat tangan, dah lama i tepek. kulit tangan i mudah naik ruam kalau berjemur tengah panas, and even kalau panas berpeluh confirm naik ruam gegatal uolls.

I jenis tak pakai makeup, selalu lepas dah pakai toner dgn moisturizer, i akan pakai day cream yang ada SPF dan last sekali baru pakai compact powder yang juga ada SPF 20. So, i rasa combination yang baik untuk kulit i sekarang adalah simple, day cream dengan acne spot je i tak pakai brand simple. i pakai brand lain yang agak heavy. tapi, it is still okay for my skin.

hope it helps !

next review i cerita pasal combination yang i pakai untuk skin i 
simple skincare + simplysiti day cream + DHC salicylic acne spot :)

xoxo.


checkout my previous review about Nuteen

08 January 2015

Ais Krim goreng super mudah !

0 comments
Hi.
Rayyan favourite all the times, ais krim goreng. Tiap hari selasa nak pergi pasar malam beli ais krim goreng. Kakak fira dia yang tak berapa nak rajin pergi pasar malam ni find another way nak makan ais krim goreng tanpa ke pasar malam.

Senang je. Pakai roti. Rasa sebijik sebab memang diorang pun pakai roti.

Yang perlu ada nak buat,
1) roti gardenia besor (roti gardenia tekstur dia tak kering, bila tekap cantik je. Kalau kering nanti hancur bila tekap)

2) Satu bekas ais krim ikot suka nak apa. Tapi i pakai nestle


3) nak kena ada cawan yang bibir dia nipis gini. Kalau tebal roti susah terurai.


4) ice cream scoop dan cawan yang berisi air. Kalau takde air nanti nak cedok ais krim dia tk smooth.


 Cara cara :-
1) ambik roti sekeping, bubuh satu scoop ais cream. Jangan banyak sangat sebab nanti nak tutup dia terbukak. Penuh sangat.

2) dah tu ambik lagi sekeping roti, tutup atas lepastu tekap dengan cawan.

3) tadaaaaaaaaaa.
4) bila dah siap kena simpan dulu masuk dalam fridge bahagian beku. Dalam 3 jam. Lagi lama lagi bagus. Baru roti tu keras dan bila goreng dia ranggup.

5)  okay nak goreng kena panaskan minyak yang separuh penuh dalam cooking bowl. Dah i taktahu nama dia apa, ikot sedap letak cooking bowl. Tu yg vision tu. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum goreng. Kalau tak panas kang cair eskem engko.
6) tak payah nak bersungguh sangat goreng sampai garing. 8 saat je. 4 saat depan 4 saat belakang. Bila dah kuning tu cepat cepat angkat okay



Dahhhh siappppp. Cepat ngappp masuk mulut !
Selamat mencuba !

27 December 2014

Jemput-jemput/cekodok ikan bilis kentang

0 comments
Salam uollsz. Hollaaa.

Iolls rasa nak buat cekodok ni susah okay, nak kena pandai agak-agak bancuhan adunan tepung tu sesuai tak nak digoreng. Kang kurang air jadi keras cekodok tu hah. Saya memang sangat tak boleh nak follow step internet ajor bancuh tepung. Nak kena buat sendiri jugak depan mata dan saya ni rajin nengok umi buat cekodok. Heeee.

Okay saja nak bagitau awal dekat awak yang resepi saya semua main agak agak. Campak agak agak aje. Kemonnnn, uollszz yang lagi hebat masak dari saya mesti lagi pandai agak-agak ni kan (:

Bahan-bahan :-
1) tepung gandum dalam 2 cawan setengah
2) kentang 2 bijik
3) ikan bilis segengam
4) garam 3 sudu kecik
5) serbuk perasa ikan bilis 1 suku sudu kecik
6) 1 suku sudu soda bikarbonat

Cara-cara :-
1) larutkan garam dengan serbuk perasa ikan bilis dalam air panas. Separuh cawan macamtu air panasnya. Ni bubuh asing eh. Jangan campur lagi.

2) kentang 2 bijik tu kalau iolls rebus dulu. Nak kasi dia lembut, kalau tk rebus pon boleh. Kot. Kekekekeke. Dah rebus potong kekecik ye

 3) okay masukkan tepung gandum dalam mangkuk, lepastu masukkan sikit-sikit air suam yg dh dilarutkan dengan garam dan serbuk perasa ikan bilis. Lepastu masukkan sekali ikan bilis. Aaaa jangan lupa masukkan soda bikarbonat 1 suku sudu kecik. Okay ini agak-agak la air tu. Tambah lagi air panas kalau rasa likat sangat adunan tu. Jangan likat kang keras berdentum cekodok engko iolls tak jamin.

4) kentang yang dah dipotong comel comel tu masuk last sekali bila nak goreng. Lepastu gaul jangan nak beria sangat. Kang hancur engko punya kentang kang.

Jeng jeng jeng. Dah siap. Boleh makan dengan sos. Nyummehhhhhh.

Sebenarnya nak buat cekodok ikan bilis je, tapi ikan bilis tinggal sejemput. Tu letak kentang. Jadila cekodok kentang bersepah diselang seli ikan bilis ciput.

Cekodok jadi crispy dekat luar lembut dekat dalam sebab guna air suam buat bancuh tepung. Minyak pon tak menyerap sebab engko kena goreng time minyak betul betul panas hokeh. Tips tu ye ! Dulu iolls sekolah darjah 5 cikgu mas yang ajar math ke science entah yang ajar. Kekeke.

Majulah cekodok untuk negara. Jenggg.

Leibe