Cara/langkah untuk menghadapi SPM . PMR . UPSR
Assalammualaikum adik-adik dan selamat sejahtera
Minggu lepas 21 March 2013 saya sudah pon mengambil
keputusan SPM disekolah saya. Alhamdulillah saya mendapat 1A+, 2A, 3A-, 2B dan
1C+. Walaupun tak straight 9A tapi saya masih berkesempatan mendapat 6A rojak.
Eh macam skema pulak bahasa gua nih.
So nak kasi tips / advice / langkah / cara lah kan camne u’olls
nak menghadapi peperiksaan besar macam UPSR ke PMR ke SPM ke.
1)
Connection dengan Allah S.W.T kena ada. Kalau tak
kuat pon pastikan ada. Solat jangan tinggal.
2)
Usaha sehabis boleh. Selagi boleh mentelaah buku
tuh pulun sampai maksimum (tapi gua takdelah sampai maksimum mana kot. Gua rasa
macam dah bosan gua tukar subjek lain. Hehe)
3)
Dah habis usaha tuh kembali kepada fitrah alam. Bersujud
kembali kepada Allah mintak dipermudahkan apa yang korang dah baca. Dah study. Biar
melekat sikit kat kepala otak hang tuh.
4)
Jangan kedekut ilmu. Korang kalau rajin tolong
member2 ajar subjek yang dorang lemah macam add maths, akaun ke kan InsyaAllah
dapat menguatkan lagi ingatan korang dalam subjek tu.
5)
Berdoa dan berdoalah agar dipermudahkan urusan
dunia dan akhirat.
Extra tips
1)
Korang jangan kedekut pergilah beli buku past
year. Soalan past year ni dah confirm2 format SPM, PMR and UPSR. So buatlahhhh. Kalau kau malas sanggat nak buat kau cube
baca soalan and tengok jawapan dekat belakang dia. Manalah tahu nanti exam ada
idea nak tulis apa.
2)
Gua masa SPM takde buat sanggat buku past year. Gua
buat soalan trial negeri2. Sebab ikut pengalaman gua dan guru-guru yang
mengajar soalan TRIAL LAGI SUSAH WEHH. Soalan trial negeri-negeri ni 55%
mungkin masuk time SPM.
3)
Untuk subjek mathematics gua beli dua buku past
year dan ulang dan ulang dan ulang soalan dalam buku tersebut. Masa PMR gua
beli 3 buku past year dan gua buat sampai rasa nak muntah . hehe
4)
Kurangkanlah erk tengok tv nih semua. Tapi perbanyakkan
FB dan twitter serta banyak berkomunikasi dengan rakan social. Seriously weh
gua dapat soalan yang macam target2 tuh melalui medium nih la. Then kita
bincang ramai2 dekat situ. Lu jangan lah bukak fb, twitter pastu chatting benda
nonsense . buang masa namenyee.
5)
Jangan malu bertanya. Tanyalah member2 lu kalau
taktahu. Ke Tanya cikgu2 ke. Kadang2 last minute revision dengan cikgu nil ah dapat
masuk dalam kepala otak wehh.
6)
Yang ni ikut suka lu lah kan macam gua tuisyen. Bukan
tuisyen reramai tuh private tuisyen cikgu tu datang rumah gua lepastu ajar. Gua
bukan dalam kategori yang cepat pick up apa yang cikgu ajar dekat sekolah so
gua kena tuisyen dan ulang banyak kali supaya faham. Tapi kalau lu rasa nak
tuisyen ade geng pergilah martin ke kasturi ke. Ikut suke lu lah.
7)
Hadirilah kelas tambahan disekolah, lebih
barakah gitu. Ramai budak malas nak datang kelas tambahan kat sekolah kan,
samelah dengan gua dulu tapi bagi gua datang jelahkan cikgu dah ada. Lagipun cikgu
yang bagi extra class kat korang ni lebih berkat gitu. Gua suka gila datang
kelas tambahan math masa sekolah dulu. Cikgu gua awesome gila kot. Siap datang
meja gua ajar satu2. Punyelah best. Hehe
So adik-adik gua harap lu dapat bersedia lah kan untuk
mencapai kecemerlangan. Kalau setakat tawakal. Redha. Usaha takdak tak guna
jugaaaaa .
No comments:
Post a Comment